Catatan

KONVENSYEN ASSIS / SURAU IMARAH PERINGKAT NEGERI 2018

Salam sejahtera dan salam Sinergi 5P, "Di sini bermulaya cinta........." Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Bandar Tasek Mutiara telah dipilih untuk menjadi tuan rumah konvensyen program surau imarah. Konvensyen tersebut akan diadakan seperti yang dicatatkan di bawah:- Selasa 13 Februari 2018 8:00 pagi - 5:00 petang Dewan Mutiara dan Surau Al Ghufran Konvensyen tersebut akan dihadiri lebih 170 peserta yang terdiri daripada pengetua, guru besar serta setiausaha dan penyelaras surau imarah daripada 85 buah sekolah rendah dan menengah seluruh negeri Pulau Pinang. Sekian. harap maklum dan terima kasih.

Logo Surau Al Ghufran

Imej
Salam sejahtera dan salam Sinergi 5P, Diperkenalkan logo baharu Surau Al Ghufran, SK Bandar Tasek Mutiara. Logo ini akan digunakan pada semua kepala surat rasmi surau. Sekian, harap maklum dan terima kasih.

PROJEK SURAU IMARAH 2017

Imej
Salam sejahtera dan salam Sinergi 5P, Sukacita memperkenalkan suapan blog terbaharu MySKBTM. Blog ini memaparkan berita-berita perkembangan semasa projek Surau Imarah 2017. Projek Surau Imarah merupakan usaha Pejabat Pendidikan Daerah dengan pihak sekolah untuk memperkenalkan surau Al Ghufaran SKBTM sebagai ikon surau sekolah peringkat daerah dan negeri. Projek surau Imarah merupakan satu pertandingan yang mencari inovasi dan elemen penggabungan jalinan pembelajaran murid-murid dan penggunaan surau secara harian. Sekian, harap maklum.