Catatan

IFTAR MAHABBAH BERSAMA MURID TAHUN ENAM 2019

Imej
Salam sejahtera dan salam Sinergi 5P, Sukacita memaklumkan bahawa majlis iftar @ berbuka bersama-sama murid--murid Tahun Enam 2019 akan diadakan seperti yang di catatkan di bawah:- Hari Khamis 23 Mei 2019 Surau Al Ghufran 6:30 petang Sehubungan dengan itu, semua waris, ibu bapa atau penjaga murid-murid Tahun Enam adalah djemput ke majlis berkenaan. Sekian, terima kasih.

PROGRAM IMARAH SURAU SEMPENA RAMADHAN 2019

Salam sejehtara dan salam Sinergi 5P, Sukacita memaklumkan bahawa pihak pengurusan Surau Al Ghufran akan menjalankan beberapa program imarah Ramadhan 2019. Antara program yang dirancang adalah sepetti yang dicatatkan di bawah:- Quran Radio Solat Dhuha berjemaah Tadarus Al Quran Bacaan surah Yassin Perdana mingguan Majlis Iftar Perdana bersama PIBG dan PIBK Ghufran Care Sehubungann dengan itu, semua warga SKBTM dijemput untuk sama-sama menyertai secara aktif semua program yang dirancang serta dapat menyumbang idea bagi menjayakan lagi program ini. Sekian, harap maklum.

RAMADAN KAREEM 2019

Imej
Pihak sekolah ingin mengucapkan " Selamat Menyambut Ramadan Kareem " kepada semua murid para guru, para pembantu guru kelas Pendidikan Khas dan Prasekolah, para pembantu pejabat, para pekerja, para ibu bapa serta para pekarja kantin sekolah yang beragama Islam. Didoakan semua dapat menjalankan ibadah puasa dengan dengan penuh rasa tawaduk dan ikhlas dan seterusnya berjaya dianugerahkan pahala yang dijanjikan Allah.  Amin.

SAMBUTAN ' RAMADAN KAREEM' 2018

Imej
Salam sejahtera dan salam Sinergi 5P, Sukacita memaklumkan bahawa Surau Al Ghufran Sekolah Kebangsaan Bandar Tasek Mutiara akan menganjurkan beberapa program penghayataan Ramdhan yang melibatkan penyertaan aktif murid-murid, para guru dan komuniti setempat. Seluruh warga SKBTM ingin mengucapkan selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan kepada semua murid dan waris yang beragama Islam. Sekian.

ANUGERAH SURAU IMARAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2018

Salam sejahtera dan salam Sinergi 5P, Sukacita memaklumkan bahawa surau Al Ghufran SKBTM telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Surau Imarah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia bagi kategori Surau Sekolah Rendah. Majlis gilang gemilang tersebut diadakan di Dewan Serbaguna Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya pada 13 Mac 2018. Pihak sekolah ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam usaha mengimarahkan surau Al Ghufran. Semoga jasa dan pengorbanan yang tuan puan lakukan akan mendapat balasan dari Allah Tuhan yang Maha Kaya lagi Maha Mengetahui. Sekian, terima kasih.

KONVENSYEN ASSIS / SURAU IMARAH PERINGKAT NEGERI 2018

Salam sejahtera dan salam Sinergi 5P, "Di sini bermulaya cinta........." Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Bandar Tasek Mutiara telah dipilih untuk menjadi tuan rumah konvensyen program surau imarah. Konvensyen tersebut akan diadakan seperti yang dicatatkan di bawah:- Selasa 13 Februari 2018 8:00 pagi - 5:00 petang Dewan Mutiara dan Surau Al Ghufran Konvensyen tersebut akan dihadiri lebih 170 peserta yang terdiri daripada pengetua, guru besar serta setiausaha dan penyelaras surau imarah daripada 85 buah sekolah rendah dan menengah seluruh negeri Pulau Pinang. Sekian. harap maklum dan terima kasih.

Logo Surau Al Ghufran

Imej
Salam sejahtera dan salam Sinergi 5P, Diperkenalkan logo baharu Surau Al Ghufran, SK Bandar Tasek Mutiara. Logo ini akan digunakan pada semua kepala surat rasmi surau. Sekian, harap maklum dan terima kasih.