Catatan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2020

Imej
Salam sejehtera dan salam Sinergi, Pihak sekolah mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri" kepada semua guru, staf sokongan, pembantu murid Prasekolah dan Kelas Pendidikan Khas, murid serta waris dan ibu bapa. Pihak sekolah ingin memohon kemaafan di atas semua kekhilafan yang berlaku. Pihak sekolah juga memohon agar semua untuk menjaga keselamatan diri semasa sambutan hari raya ini. Amalkan penjarakan sosial dan sentiasa menjaga kebersihan diri. Sekian.

PROGRAM SINERGI GHUFRAN CARE 2020

Imej
Salam sejahtera dan salam Sinergi, Setiap tahun Surau Al Ghufran menganjurkan program Ghufran Care untuk membantu  para waris yang memerlukan bantuan di bulan Ramadhan. Tahun ini walaupun negara dilanda wabak COVID-19 namun bantuan @ infaq kepada insan-insan yang memerlukan tetap diteruskan. Oleh itu kutipan dana atau sumbangan barang-barang keperluan harian atau barang-barang runcit akan dijalankan seperti yang dicatatkan di bawah:- Tarikh terima bantuan:- 7 Mei - 15 Mei 2020 Jenis sumbangan wang atau barang-barang runcit seperti beras, minyak, gula, tepung, telur, garam, teh, kopi, susu. Masa:- 9:00 pagi - 2:00 petang Tempat:- Surau Al Ghufran Jika tuan/puan ingin menyumbang wang ringgit:- Akaun Public Bank - 3132156831 Hantarkan salinan slip bank ke nombor: Ust. Noranisah - 019 2375671 Encik Ismail - 010 5375115, atau Pn. Maheran - 011 58288973 Pihak surau Al Ghufran ingin mengucapkan terima kasih kepada para penyumbang ke tabung dana...

LAWATAN PENANDA ARAS INOVASI I-ZAKI

Salam Sejahtera dan salam Sinergi, Sukacita memaklumkna bahawa rombongan daripada Jabatan Pendidikan Kedah akan mengadakan lawatan penanda aras pelaksanaan program i-zaki ke sekolah ini seperti yang dicatatkan di bawah:- Hari Selasa 10:00 pagi Surau Al Ghufran Program i-zaki adalah inovasi pembelajaran al-quran secara rakan sebaya. Program ini telah dilancarkan secara cuba uji pada tahun 2019 kepada murid-murid subjek al-quran dan tasmik. Kelas fokus ialah pada murid-murid Tahun Empat.

MAJLIS BACAAN SURAH YASSIN PERDANA

Salam sejahtera dan salam Sinergi 5P, Adalah dimaklumkan bahawa majlis bacaan surah Yassin perdana akan diadakan seperti yang dicatatkan di bawah:- Setiap hari Jumaat Tapak Perhimpunan  Semua muri yang beragama Islam dari Tahun Satu hingga Tahun Enam serta guru-guru beragama Islam. 7:15 hingga 8:15 pagi Sila bawa bersama-sama surah Yassin Usaha ini dijalankan bagi mendapat keberkatan ilmu yang dipelajari serta mendidik murid-murid mengamalkan keperbadian seorang muslim yang bertakwa dan berdisiplin serta mengutamakan kecemerlangan dalam semua bidang kehidupan. Sekian, harap maklum.

MAJLIS BACAAN YASSIN SEMPENA UPSR 2019

Imej
Salam sejehtera dan salam Sinergi 5P, Sukacita memaklumkan bahawa majlis bacaan surah Yassin akan diadakan bagi memohon keberkatan Allah dan dipermudahkan segala urusan semasa murid-murid Tahun Enam menduduki UPSR 2019. Majlis tersebut akan diadakan seperti yang di catatkan di bawah:- Hari Khamis 29 Ogos 2019 Surau Al Ghufran 6:00 petang Pada malam itu juga akan diadakan majlis Restu Ibubapa@Guru-guru kepada murid-murid Tahun Enam. Justeru itu, semua ibubapa atau waris calon-calon UPSR 2019 adalah dijemput hadir. Sekian harap maklum.

IFTAR MAHABBAH BERSAMA MURID TAHUN ENAM 2019

Imej
Salam sejahtera dan salam Sinergi 5P, Sukacita memaklumkan bahawa majlis iftar @ berbuka bersama-sama murid--murid Tahun Enam 2019 akan diadakan seperti yang di catatkan di bawah:- Hari Khamis 23 Mei 2019 Surau Al Ghufran 6:30 petang Sehubungan dengan itu, semua waris, ibu bapa atau penjaga murid-murid Tahun Enam adalah djemput ke majlis berkenaan. Sekian, terima kasih.

PROGRAM IMARAH SURAU SEMPENA RAMADHAN 2019

Salam sejehtara dan salam Sinergi 5P, Sukacita memaklumkan bahawa pihak pengurusan Surau Al Ghufran akan menjalankan beberapa program imarah Ramadhan 2019. Antara program yang dirancang adalah sepetti yang dicatatkan di bawah:- Quran Radio Solat Dhuha berjemaah Tadarus Al Quran Bacaan surah Yassin Perdana mingguan Majlis Iftar Perdana bersama PIBG dan PIBK Ghufran Care Sehubungann dengan itu, semua warga SKBTM dijemput untuk sama-sama menyertai secara aktif semua program yang dirancang serta dapat menyumbang idea bagi menjayakan lagi program ini. Sekian, harap maklum.