Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2020

GARIS PANDUAN PENGOPERASIAN SURAU SEKOLAH PASCA COVID-19

Salam sejahtera dan salam Sinergi, Garis Panduan Pengoperasian Surau Sekolah ini disediakan sebagai rujukan kepada pentadbir serta guru di sekolah rendah, sekolah menengah, Kolej Vokasional dan Kolej Tingkatan Enam di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Institusi Pendidikan Swasta (IPS) yang berdaftar dengan KPM. Solat Secara Bersendirian:  Murid boleh mendirikan solat secara bersendirian di surau atau bilik-bilik khas yang telah ditentukan oleh pihak sekolah. Murid tidak dibenarkan bersentuhan dan  bersalaman dengan murid lain semasa berada di surau dan sentiasa mematuhi penjarakan sosial.  Solat Berjemaah bagi Murid di Sekolah:  Murid boleh menggunakan surau sekolah untuk menunaikan solat secara berjemaah berdasarkan kapasiti yang telah ditetapkan dengan mengambil kira penjarakan sosial.  Murid perlu segera menunaikan solat berjemaah di surau bagi memberikan laluan kepada jemaah yang berikutnya. Murid juga boleh mendirikan solat berjemaah di bilik