GARIS PANDUAN PENGOPERASIAN SURAU SEKOLAH PASCA COVID-19

Salam sejahtera dan salam Sinergi,

Garis Panduan Pengoperasian Surau Sekolah ini disediakan sebagai rujukan kepada pentadbir serta guru di sekolah rendah, sekolah menengah, Kolej Vokasional dan Kolej Tingkatan Enam di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Institusi Pendidikan Swasta (IPS) yang berdaftar dengan KPM.
  1. Solat Secara Bersendirian: 
  • Murid boleh mendirikan solat secara bersendirian di surau atau bilik-bilik khas yang telah ditentukan oleh pihak sekolah.
  • Murid tidak dibenarkan bersentuhan dan  bersalaman dengan murid lain semasa berada di surau dan sentiasa mematuhi penjarakan sosial. 

  1. Solat Berjemaah bagi Murid di Sekolah: 
  • Murid boleh menggunakan surau sekolah untuk menunaikan solat secara berjemaah berdasarkan kapasiti yang telah ditetapkan dengan mengambil kira penjarakan sosial. 
  • Murid perlu segera menunaikan solat berjemaah di surau bagi memberikan laluan kepada jemaah yang berikutnya.
  • Murid juga boleh mendirikan solat berjemaah di bilik khas yang telah ditentukan oleh pihak sekolah.
  1. Sebelum ke Surau:

  • Setiap murid mesti membawa kelengkapan solat sendiri seperti sejadah, telekung, songkok, kopiah dan selipar untuk kegunaan semasa di surau atau bilik-bilik khas yang telah ditetapkan sebagai tempat solat.
  • Murid tidak dibenarkan berkongsi kelengkapan tersebut.
  • Murid hendaklah berwuduk di tempat yang telah ditetapkan.

  1. Semasa di Surau 

  • Murid tidak dibenarkan bersentuhan dan bersalaman dengan murid lain semasa berada di surau serta sentiasa mematuhi penjarakan sosial.
  • PdPc seperti tasmik untuk Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) boleh dilaksanakan dengan mematuhi penjarakan sosial.

Untuk penerangan lebuh lanjut sila baca dokumen Prosedur Operasi Standard pengoperasian surau sekolah di laman sesawang KPM,

Sekian, harap maklum.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Logo Surau Al Ghufran

ANUGERAH SURAU IMARAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2018