ANUGERAH SURAU IMARAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2018

Salam sejahtera dan salam Sinergi 5P,

Sukacita memaklumkan bahawa surau Al Ghufran SKBTM telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Surau Imarah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia bagi kategori Surau Sekolah Rendah.

Majlis gilang gemilang tersebut diadakan di Dewan Serbaguna Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya pada 13 Mac 2018.

Pihak sekolah ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam usaha mengimarahkan surau Al Ghufran. Semoga jasa dan pengorbanan yang tuan puan lakukan akan mendapat balasan dari Allah Tuhan yang Maha Kaya lagi Maha Mengetahui.

Sekian, terima kasih.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Logo Surau Al Ghufran

GARIS PANDUAN PENGOPERASIAN SURAU SEKOLAH PASCA COVID-19